Pages

Tuesday, 26 April 2011

HAK PENGGUNA


JENIS HAK PENGGUNA
KETERANGAN HAK-HAK PENGGUNA
-Hak mendapat keperluan asas
-Wajib mendapat makanan,pakaian dan rumah
-Hak mendapat keselamatan
-Menggunakan barang yang tidak membahayakan kesihatan dan kecederaan
-Hak mendapat maklumat
-Mendapat maklumat tetap dan lengkap sesuatu barang yang ditawarkan.
-Hak membuat pilihan
-Mempunyai kebebasan memilih barang
-Hak mendapat ganti rugi
-kerugian atas kecuaian peniaga bagi barang yang digunakan boleh dituntut pampasan
-Hak bersuara
-Membuat aduan dan teguran melalui wakil yang digunakan boleh dituntut pampasan
-Hak mendapat pendidikan pengguna

-Diberi pendedahan kaedah berbelanja yang bijak dan bertindak sebagai penggun yang rasional
-Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-Kesedaran mendapat persekitaran yang bersih dan amalan menjaga kebersihan alam.

KONSUMERISME


Adakah anda semua tahu apa itu KONSUMERISME? Kita sebagai pengguna harus mengetahui  apakah itu konsumerisme.
Maksud konsumerisme:-
*Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan dan juga pengguna.
*Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup meningkat.

Matlamat konsumerisme:-
*Melindungi hak pengguna
*Mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
*Membina kualiti kehidupan yang lebih baik

Maksud pengguna:-
*Orang menggunakan barang bagi memenuhi keperluan dan kehendak.

Amalan perniagaan yang tidak sihat:-
*Mengenakan harga yang tidak berpatutan
*Membuat iklan yang mengelirukan
*Menawar barang berkualiti rendah
*Menjual barang yang tidak selamat

TIPS KETIKA MEMBELI BELAH


* FIKIR terbih dahulu apa barangan yang ingin dibeli, tahap keperluannya dan           buat BELANJAWAN

* Pilihlah barangan BUATAN MALAYSIA! ingat kikiskan stereotyping bahawa barangan import lebih baik dan berkualiti, produk Malaysia pun apa kurangnya!..

* Pastikan barangan dalam KEADAAN BAIK tin tidak kemek,plastik tidak terbuka dan kuantiti mancukupi.

* Semak LABEL HARGA jika ada PILIHAN bandingkan harga, pilih yangberpatutan

* Periksa TARIKH LUPUT

* Buatlah PILIHAN YANG BIJAK ingat hak anda sebagai pengguna!

* SEMAK logo atau cop yang sepatutnya pada barang atau makanan dlm tin contohnya cop 
HALAL atau SIRIM


Saturday, 23 April 2011

APAKAH ITU PENGGUNA?


                      Pengguna ialah orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarganya. Pengguna sendiri kurang peka kepada hak-hak melindungi mereka. Tidak ramai pengguna di negara ini memberikan perhatian terhadap barangan atau perkhidmatan di pasaran. Pengguna yang bijak perlu tahu membuat imbangan antara tanggungjawab sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka. Pengguna perlu mengetahui barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah selamat digunakan atau dimakan dan perlu dipastikan maklumat yang diberitahu dalam label adalah benar. 
                    Selain itu, pengguna perlu sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan atau ugutan. Pengguna juga perlu tahu mengetahui bahawa mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. 
                     




CARTA ORGANISASI KELAB PENGGUNA SMKBR


CARTA ORGANISASI KELAB PENGGUNA SMK BUKIT RAMBAI 2011


         

NAMA PERSATUAN  : KELAB PENGGUNA

NAMA GURU PENASIHAT : CIK NURUL JANNAH BTE MAHMOD
                                            : GAN YOCK CHUAN
AHLI JAWATANKUASA :
JAWATAN
NAMA
TINGKATAN
Pengerusi
Noraida bte Sulaiman
5 PDG 1
Naib Pengerusi
Nurul Nadzra bte Samat
4 AK 1
Setiausaha
Nor Amalina Farih bte Abdullah
5 PDG 1
Naib setiausaha
Nurzaitul Astra bte Mohd Rahim
5 PDG 1
Bendahari
Nurnassyirah bte Roslan
5 PDG 1
Naib Bendahari
Nurul Nadirah Akma bte Samat
3 DELTA
AJK  1-
Diyana Ashikin
5 PDG 1
        2-
Nurrasidah Intan
5 PDG 1
        3-
Nor Faezah bte Jasmi
4 KEM 1
        4-
Mohd Nor Hakim
3 DELTA

Friday, 22 April 2011

PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman blog ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi melawati blog ini. Kami dari Kelab Pengguna Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai ingin berkongsi segala aktiviti kami sebagai Kelab Pengguna dan juga hak kita sebagai seorang  pengguna di negara ini.   
    Alhamdulillah blog ini dapat dibuat. Moga ianya akan memberi  manfaat kepada kita semua. Sebagai negara yang mengamalkan cara demokrasi maka setiap pengguna mempunyai hak sebagai seorang pengguna. Kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita mengamalkan amalan demokrasi maka setiap orang mendapat hak sebagai seorang pengguna.
      Oleh itu,marilah kita bersama-sama menegakkan hak kita sebagai seorang pengguna dan marilah juga kita menjadi pengguna yang bijak di negara kita ini.