Pages

Saturday 23 April 2011

APAKAH ITU PENGGUNA?


                      Pengguna ialah orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarganya. Pengguna sendiri kurang peka kepada hak-hak melindungi mereka. Tidak ramai pengguna di negara ini memberikan perhatian terhadap barangan atau perkhidmatan di pasaran. Pengguna yang bijak perlu tahu membuat imbangan antara tanggungjawab sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka. Pengguna perlu mengetahui barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah selamat digunakan atau dimakan dan perlu dipastikan maklumat yang diberitahu dalam label adalah benar. 
                    Selain itu, pengguna perlu sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan atau ugutan. Pengguna juga perlu tahu mengetahui bahawa mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. 
                     




No comments:

Post a Comment